nurzalikhaahmad
4 tahun
Sakit kepala tidak berkurang
Saya wanita berumur 31 tahun. Saya sering mengalami masalah sakit kepala terutamanya apabila bangun pagi atau ketika cuasa sangat panas. Saya dapati satu-satunya cara terbaik untuk menghilangkan sakit kepala adalah dengan mengambil panadol extra. Saya telah berjumpa Dr di klinik dan Dr telah memberikan ubat Caffox dan Prochlorperazine maleate sakit kepala saya masih tidak berkurang walaupun sedikit dan akhirnya saya perlu mengambil panadol extra. Adakah boleh sekiranya saya bergantung kepada Panadol Extra setiap kali sakit kepala
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit kepala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gangguan stress dan emosi
- Kurang rehat atau tidur
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Masalah kesihatan lain, seperti kanser otak
Untuk mengetahui punca sakit kepala yang anda alami, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Ubat-ubatan wajar diambil untuk melegakan sakit kepala, namun, punca sebenar masalah haruslah dikenalpasti untuk rawatan yang lebih efektif, dimana digalakkan untuk tidak bergantung kepada suatu ubat tertentu tanpa pengawasan daripada doktor.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.


































