
ajf5275
6 tahun
Sakit kepala tidak reda selepas beberapa hari
anak saya berumur 17tahun…dia sering mengadu sakit kepala dan ia nya berterusan walau telah makan paracetamol beberapa kali…1 bulan yg lepas sebelum dia sakit kepala…dia telah menjalani ujian darah di hospital…doktor menyatakan tidak ada sebarang kuman di dalam darah nya…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala biasanya disebabkan faktor:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu
- Dehidrasi
- Cuaca panas
Sakit kepala boleh dikurangkan dengan:
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Banyakkan inum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Untuk makluman anda, pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan juga boleh mencetuskan sakit kepala.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian sekiranya sakit kepala anak anda tidak berkurangan atau bertambah teruk. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!