
Sulit
5 tahun
Sakit kepala yang berpanjangan
Hai doktor. Saya sering sakit kepala tapi saya takde ambil mana2 ubat or supplement. Saya ingat kalau saya tidur atau rehat sakit tu akan hilang tapi tak. Kadang2 tu susah nak tido masa sakit kepala. Saya takde sejarah keluarga yang migraine atau darah tinggi. Saya nak jumpa doktor tapi saya tak berani.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain - sakit kepala migrain agak sukar untuk hilang walaupun dengan tidur
- Dehidrasi - kekurangan air akan menyebabkan sakit kepala berpanjangan dan akan hilang hanya dengan minum air mencukupi
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah kalenjar pituitari (iaitu kalenjar hormon yang terletak pada kedua mata)
- Jangkitan kuman dalam kepala
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih segera bagi memastikan rawatan bersesuaian diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.