
Sulit
4 tahun
Sakit kepala yang berterusan , kerap batuk tgh malam , kerap terjaga malam , suhu naik tiap lepas mandi kadangtu sakit kepala serang tiba² time belajar mandi..dan bila² je
Saya seorang pelajar tingkatan 5…saya selalu badan panas stiap kali lepas mandi …sy selalu jugak pening kepala rase pusing…kadangtu nak muntah pun ade…ade masa kalau sya balik kelas atau sekolah…sy rasa penat sngat…dn badan cepat lesu trus tertidur…kadang sakit kepala tu sakit sngat smpai sy rasa nak pitam… pandangan doktor sy ni ade skit apa² atau cuma biasa² je… mohon penjelasan ye dok …terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasiha tas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah sakit kepala dan keletihan merupakan gejala yang sangat subjektif dan boleh berkait dengan pelbagai perkara. Kadangkala masalah ini boleh disebabkan oleh faktor-faktor am seperti:
- Gangguan stres dan tekanan emosi
- Dehidrasi
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Kurang aktiviti senaman atau pergerakan
- Kurang rehat atau tidur
- Posisi tidur salah
- Tabiat pemakanan yang salah seperti sering lambat makan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Walaubagaimanapun, gejala sakit kepala ini juga tidak mengecualikan penyakit yang lain seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Kembungan salur darah otak atau kepala
- Keradangan sinus
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Jangkitan virus
- Kecederaan pada otak yang menyebabkan pendarahan tersembunyi ( Hematoma )
Oleh itu, kami sarankan anda untuk mengamalkan dahulu gaya hidup yang lebih sihat seperti kerap meminum air, melakukan senaman, kurangkan stres dan juga mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya bagi mengurangkan gejala sakit kepala anda terlebih dahulu sebelum melakukan konklusi. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya perkara ini berlarutan atau tidak surut walaupun telah mengambil langkah-langkah yang disebut tadi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.