Sulit
4 tahun
Sakit Kepala Yang Melibatkan Pada Bahagian Belakang Kepala, Bahagian Kanan Kepala, Telinga Kanan , Leher Serta Tengkuk Yang Rasa Seperti Bengkak dan Sakit yg Teramat
Saya seorang perempuan yang berumur 20 tahun dan masih mengalami sakit kepala di bhgn kanan kepala, bhgn hdpn dan belakang telinga kanan, leher, tengkuk dan juga bhgn belakang kepala selama hampir 5 bulan dan sepnjang masa tersebut saya terlalu kerap mengalami sakit kepala tersebut dan saya juga telah mengambil ubat migraine yang disarankan doktor sblm ni namun tidak berkesan. Saya juga mempuyai sejarah penyakit migraine dan gastrik serta pernah melakukan aktiviti lasak. Jadi bolehkah saya mengetahui apakah penyakit yang dialami oleh saya dan cara merawatnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda risau terhadap masalah sakit kepala yang dialami oleh anda disebabkan anda mengalaminya dalam tempoh yang lama. Berdasarkan kenyataan anda, sakit kepala yang dialami berpunca daripada pelbagai faktor dan disebabkan ubat migrain yang diambil tidak berkesan, pemeriksaan lanjut haruslah dilakukan. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Antara punca lazim yang biasa dikaitkan dengan sakit kepala adalah:
- Tekanan darah tinggi
- Migrain
- Tension headache
- Ketumbuhan di dalam kepala
Sekiranya anda mengalami gejala ini, sila pergi ke klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera:
- Demam
- Sensitif terhadap cahaya
- Leher yang keras (sukar untuk memusingkan leher)
- Lemah badan
- Loya dan muntah
Untuk mengetahui punca sebenar yang dialami oleh anda, anda perlulah melakukan beberapa siri ujian terlebih dahulu. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.


































