Sulit
4 tahun
Sakit kepala yang serius Dan berpanjangan
Saya telah mengalami sakit kepala/migraine sejak lebih 15 tahun.Sejak dijangkiti Covid 19,saya telah mengalami tekanan darah yang amat tinggi iaitu 190,180,176,156,149,144.Kini telah keluar dari Maeps Dan masih lagi mengalami sakit kepala Dan tekanan darah masih tinggi.Telah mengambil ubat 5mg diwaktu pagi,namun masih sakit kepala lagi.Adakah ink tanda2 lander?
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Menurut keterangan anda, kami memahami anda mengalami migraine atau sakit kepala selama 15 tahun dan ia semakin berpanjangan setelah anda dijangkiti Covid-19 serta dirawat sebagai pesakit darah tinggi. Anda sekarang risau jika sakit ini berpunca daripada kanser. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti
Migrain
Sakit kepala akibat tekanan (Tension headache)
Sakit kepala kluster
Masalah salur darah otak
Ketumbuhan otak
Trauma
Sakit kepala migrain serta sakit kluster sering melibatkan sebelah bahagian kepala serta mata. Manakala sakit kepala daripada perdarahan mahupun ketumbuhan otak akan mempunyai simptom merbahaya seperti lemah anggota badan, pertuturan tidak jelas, pengsan atau terjejas kebolehan kognitif. Memandangkan anda tiada simptom sebegini serta tanda-tanda kanser seperti turunnya berat badan mendadak, ketumbuhan otak adalah kemungkinan yang agak jauh.
Kadar tekanan darah yang tidak terkawal juga boleh menjadi punca kepada sakit kepala. Oleh itu, anda disarankan untuk mengawal darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta patuh kepada rawatan doktor.
Ini adalah jawapan secara umum. Untuk mengetahui punca masalah anda secara tepat, kami memerlukan sejarah perubatan anda yang lengkap serta pemeriksaan fizikal. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya masalah ini dapat ditangani. Anda juga boleh menghubungi pakar neurologi kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.


































