
Sulit
3 tahun
Sakit kepala yang teramatt
Saya pelajar berumur 19 tahun. Hari selasa minggu lepas saya baru bermula belajar berenang yang mana latihan pertama saya adalah jatuh ke dalam dalam posisi belakang. Apabila saya jatuh ke dalam kolam saya dapat rasa hentakkan yang kuat dan panik hampir lemas walaupun kedalaman tidak dalam. Selepas itu, saya merasakan kepala saya sangat sakit dimana saya tidak pernah merasakan kesakitan seperti itu dan sehingga sekarang saya masih rasa sakit kepala kadang-kadang ia tidak kuat dan kadang-kadang sakit itu boleh membuat saya tidak dpt bertahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor