
Sulit
5 tahun
Sakit kepala yang terlalu kuat, rasa mual, muntah, rasa nak pitam, pandangan jadi kabur
saya wanita berusia 25 tahun saya dah alami masalah ni lebih kurang 6 bulan. Boleh saya tahu adakah tu tanda-tanda migrain @ ada sbb yag lain? Sbb sy pernh pergi klinik check tapi doktor maklumkn sy tk ada migrain cuma doktor bagithu kemungkinan sy ada tyroid.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi dengan pihak kami adalah sangat terhad. Hanya dengan gejala yang anda jelaskan di atas, sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai punca sebenar masalah anda.
Sakit kepala merupakan gejala lazim yang berlaku. Akan tetapi, sekiranya sakit kepala anda diikuti dengan pandangan menjadi kabur, terdapat kemungkinan masalah lebih serius berlaku. Selain dari itu, sekiranya anda mengalami gejala lain seperti di bawah, anda amat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan serta ujian lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.