
nurulaqilah29
5 tahun
Sakit kepala yang terlalu kuat
Saya wanita berumur 18tahun dan mengalami sakit kepala sejak 2 3 hari lepas dan didapati penyakit cikenpox

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala kerana jangkitan
- sakit kepala migrain
- sakit kepala kerana perubahan suhu tubuh disebabkan demam
- kesan sampingan ubat-ubatan
Lazimnya chicken pox akan selesai dengan sendirinya memandangkan ianya adalah jangkitan virus. Namun anda memerlukan nutrisi dari pemakanan dan hidrasi dari air yang secukupnya untuk memguatkan badan melawan penyakit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.