
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala yang teruk menggangu harian saya
Saya wanita 20 tahun baru baru ini saya kerap sakit kepala yang melampau sehingga menggangu kerja harian saya. Sakit kepala sampai ke bahagian belakang kepala sudah hampir masuk seminggu keadaan saya tidak pulih. Bila tiba malam kepala saya semakin sakit dan badan saya pun panas.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala boleh terjadi kerana:
- Sakit kepala tegang - sakit kepala yang biasa dialami kebanyakan orang dan dilegakan dengan ubat tahan sakit
- Sakit kepala berkelompok - sakit kepala pada depan kepala yang mengakibatkan mata dan hidung berair
- Migrain - dicetuskan oleh perkara seperti makanan, bau dan bermacam lagi punca
- Sakit kepala sekunder - disebabkan faktor seperti jangkitan otak, tekanan darah tinggi, ketumbuhan didalam kepala
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.