
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala yang teruk
Saya seorang ibu kepada 5 orang a ak yang berusia 34 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya sering sakit kepala sebelah kiri. Sakit hanya akan berlaku jika ada tekanan di bahagian bawah kepala. Jika saya tertekan bawah kepala atau terpicit bawah kepala, saya akan mengalami sakit kepala yang kuat. Sedangkan tiada bengkak atau benjolan di bahagian kepala saya. Bila nak tidur sebelah kiri pun sakit sebab tertindih di bahagian bawah kepala. Perkara ini sudah berlaku lebih 5 hari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit kepala kronik ialah apabila seseorang mengalami serangan sakit kepala lebih dari 15 kali sebulan ataupun sakit kepala hampir berkekalan melebihi 3 bulan. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca sakit kepala anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Terdapat banyak ubat tahan sakit yang dijual di kaunter (OTC). Antaranya ialah paracetamol dan NSAIDs
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.