
Sulit
4 tahun
Sakit kerongkong dalam seminggu macam tu, still sakit walaupun makan pain killer
Saya wanita berusia 20 tahun. Saya sakit leher (kerongkong) di sebelah kanan. Dalam seminggu macam tu. Ia membuatkan saya berasa tidak selasa dan agak sakit apabila hendak makan serta ketika menelan air liur. Bukan tu ja kadang2 saya tkboleh nak tidur sbb sakit. Boleh tak bagi tips nak hilangkan sakit tu and also suggest kan ubat. Susah la nak focus time belajar sebab sakit. Saya makan pain killer pun still sakit juga.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak keterangan daripada anda untuk memahami dengan lebih mendalam tentang masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda di ruangan soalan, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Radang tonsil ( tonsillitis )
- Jangkitan telinga
- Radang laring dan faring ( laryngitis dan pharingitis )
- Bendasing ( foreign body ) di dalam rongga pernafasan
- Jangkitan saluran pernafasan ( respiratory tract infection )
Ini hanyalah pandangan kami srcara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor memandangkan anda mengalami sakit dada dan mempunyai demam supaya dapat diperiksa dengan lebih lanjut dan rawatan dapat diberikan sesuai dengan masalah yang anda sedang alami.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah di atas talian. Terima kasih.