Sulit
5 tahun
Sakit kerongkong dan sakit sendi
Saya ada sakit kerongkong. Adakah disebabkan oleh kerana saya minum air panas… Bukan air suam. Satu lg, saya sering alami sakit sendi di bahagian belakang dan pergelangan tangan serta kaki
Ini berlaku, jika saya melakukan aktiviti mengangkat benda berat atau berjalan jauh… Minta kepastian tuan Doktor… Terima kasih
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit kerongkong boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Masalah pada kelenjar tiroid
- Masalah pada noda limfa
Aktiviti berat boleh mengakibatkan sakit-sakit badan jika ianya tidak biasa dilakukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.




































