
hajar
6 tahun
Sakit ketika haid dan mengandung
Adakah sakit ketika haid ni boleh menyebabkan saya sukar mengandung nanti? Saya nak berkahwin tak lama lagi. Saya risau.

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Sakit perut yang berlaku semasa kedatangan haid ialah berpunca daripada perubahan hormon yang berlaku di dalam badan anda. Semasa kedatangan haid, hormon di dalam badan akan berubah agar otot-otot di dalam rahim boleh mengeras untuk membuang darah di dalam rahim.
Pengerasan otot-otot rahim tersebutlah yang menyebabkan sakit perut samasa haid. Namun demikian, terdapat pelbagai jenis kondisi lain seperti:
- Endometriosis (lapisan dalam rahim yang tumbuh di luar rahim)
- Fibroid
- Adenomyosis
- Jangkitan rahim
Endometriosis, fibroid dan penyakit radang pelvis (pelvic inflammatory disease atau PID) boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran mengandung sekiranya tidak dirawat dengan awal.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan agar sebarang komplikasi boleh dicegah atau dirawat seawal mungkin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Terdapat beberapa kondisi yang boleh menyebabkan sakit perut yang terlampau semasa haid.
Adenomyosis adalah keadaan endometrium dimana sel-sel lapisan dalam rahim memasuki ke bahagian rahim yang lain seperti lapisan otot rahim.
Keadaan ini juga boleh menyebabkan menyebabkan aliran haid yang lama dan juga pendarahan yang berlebihan. Ia juga boleh menyebabkan kekejangan yang teruk semasa haid. Tanda yang peting adalah senggugut yang berlebihan dan kemandulan.
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus). Kondisi ini sering dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur dan jarang di kalangan remaja.
Leiomyoma boleh menyebabkan:
- Tempoh haid yang panjang
- Darah haid yang banyak
- Sakit ketika hubungan kelamin
- Kerap kencing
- Sengugut
- Pedih di bahagian bawah pinggang
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doctor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan.