nxrxlsxrxnx2311
4 tahun
Sakit ketika hendak menelan air liur
Doktor saya dah mengalami perkara ini selama 3 hari. Ketika hendak menelan air liur berasa begitu susah… Adakah perlu sy pergi klinik ataupun biarkan nya sihat sendiri??
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, kemungkinan sakit tekak dan sukar menelan adalah akibat keradangan tekak yang berlaku akibat jangkitan virus yang juga menyebabkan masalah anda.
Sakit tekak juga boleh disebabkan tonsilitis dan salah satu gejala tonsilitis adalah demam. Tonsilitis biasanya disertai dengan gejala lain seperti benjolan di leher dan nafas berbau. Namun, ketiadaan gejala ini masih memungkinkan masalah tonsilitis berlaku.
Masalah tonsilitis atau radang tekak yang disebabkan virus boleh sembuh dengan sendiri dengan rehat, minum air kosong dan rawatan seperti lemon dan madu dan paracetamol. Namun jangkitan lebih serius yang biasanya disebabkan bakteria memerlukan antibiotik.
Oleh itu, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut jika simptom anda berpanjangan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.