
Sulit
3 tahun
Sakit ketika ingin membuang air besar
Saya perempuan berumur 20 tahun, sejak seminggu ini saya mengalami kesukaran ketika inhin membuang air besar , kerana di sekitar dubur berasa sakit sebelum ini saya berasa sakit namun saya masih membuang air besar namun sejak dua tiga hari ini saya tidak boleh membuang air besar kerana ia berasa sakit seperti terdapat luka ketika najis ingin keluar terasa seperti ada sesuatu yg membuatkan ia menjadi lebih sakit , saya berasa takut untuk membuang air besar kerana amat sakit, harap doktor dapat menjawab soalan saya, dan menasihati ubat apa yang dapat saya gunakan untuk meyembuhkan luka pada dubur dan memudahkan saya untuk membuang air b sar

3 tahun
alam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian dubur semasa buang air besar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis ia dinamakan sebagai sembelit. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.