Sulit
4 tahun
Sakit ketika kencing dalam beberapa hari ini
Saya lelaki dan saya mengalami sakit ketika kencing. Ia sakit apabila air kencing saya keluar dengan laju namun jika saya perlahankan ia, ia tidak berasa sakit sangat. Air kencing saya berwarna jernih dan saya seorang yang gemar minum air putih. Saya seorang yang aktif. Saya ada google sikit bahagian sakit dan saya agak dalam kawasan urethra bawah. Mohon penjelasan Dr. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit ketika kencing yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Batu karang
- Alahan saluran kencing terhadap sabun
- Jangkitan penyakit kelamin - sekiranya ada melakukan seks bebas
- Kecederaan pada alat kemaluan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































