
Sulit
4 tahun
Sakit ketika membuang air besar
Saya 21 tahun. Sejak seminggu dua ni, saya selalu terasa sakit apabila nk membuang air besar. Saya telah berjumpa dengan doktor atas alasan itu, doktor cakap mungkin sbb sembelit dan berikan ubat sembelit. Sebelum itu, saya pernah alami berak berdarah selama 3 bulan yang tidak kerap dan 3 minggu yg berlaku tiap saya membuang air besar. Doktor juga periksa dan kata saya tiada masalah buasir dan tidak tahu punca kenapa berak berdarah (sbb time ni saya dh x berak berdarah). Kalau saya skip makan ubat sembelit yg diberikan, mesti akan sakit ketika membuang walaupun saya minum air masak banyak dan makan sayur. Saya juga mengalami kembung perut yang kerap. Saya harap doktor dapat menerangkan kondisi saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis ia dinamakan sebagai sembelit. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih