
Sulit
4 tahun
Sakit ketika nak buang air kecil
Sy berumur 24 tahun. Baru baru ini sy ada mengambil postinor2. 2 hari lepas sy terasa sakit semasa nak membuang air kecil dan berlarutan sehingga harini. Sy tak pasti sama ada faraj luka atau apa. Adakah sakit ini kesan daripada pengambilan postinor atau disebabkan daripada hubungan seks?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit ketika membuang air kecil.
Untuk makluman anda, postinor biasanya akan menyebabkan gejala berikut:
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik!
Jarang sekali gejala sakit ketika kencing ini disebabkan oleh postinor. Biasanya sakit sebegini disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Jangkitan kuman pada faraj
- Batu karang
- Penyakit jangkitan kelamin
- Keradangan faraj
- Trauma
Sekiranya sakit anda berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor untuk pemriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.