
norhainum
5 tahun
Sakit ketika period tetapi tiada darah
Saya berusia 33tahun sudah 5 tahun berkhawin dan mempunyai anak 4 dan 3 tahun.
Selepas mendapat anak kedua saya mengambil pil perancang Regulon selama 1tahun dan berhenti. Bila berhenti mengambil pil perancang period saya jadi masalah. Saya akan merasa sakit terutama ketika mahu kencing, kentut dan buang air besar tetapi tiada darah sangat2 sedikit. Kadang hanya titik2 sahaja. Saya pergi ke klinik selepas beberapa bulan dan doktor maklum saya perlu sambung mengambil pil perancang semula. Saya ambil semula dan masalah sakit tiada. Saya berhenti sekali lagi setelah setahun dan perkara sama berulang. Saya tidak mahu mengambil perancang kerana mahu mencuba anak lagi. Boleh doctor bantu apa masalah saya. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid sakit ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Endometriosis - sel lapisan dinding rahim yang tumbuh ditempat lain
- Fibroid - ketumbuhan sel dalam rahim
- Masalah ovari - ovari terbelit atau kista ovari
- Ketidak-seimbangan hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.