
normahzainal11
6 tahun
Sakit leher sebelah kanan ketika hamil
Saya wanita berumur 32 tahun,saya mengalami sakit dileher sebelah kanan dan sakit leher tu juga membawa kepada sakitnya kapala saya.yang merunsingkn saya,skrng saya hamil 2 bln.ade ape2 effect x pada baby saya nnti?dan saya pergi klinik doktor cadang kn saya makan paracetamol untuk kurangkn kesakitan.adakah psngambilan paracetamol sebagai ubat tahan sakit boleh mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan?
Mohon jawapan dari doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara faktor yang biasanya menyebabkan sakit leher adalah:
- postur yang tidak baik,
- ketidakseimbangan otot,
- kekurangan stabiliti otot tengkuk,
- kecederaan whiplash
Antara cara untuk pengurusan sakit leher adalah
- Ice pack – untuk sakit leher yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit. - hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang
Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.
Dan akhir sekali Paracetamol merupakan ubat tahan sakit yang paling selamat diambil ketika mengandung. Namun begitu ia mestilah diambil dengan cara yang betul dan tidak melebihi dos yang ditetapkan.
Untuk pengesahan dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.