
eika_707
2 tahun
Sakit leher sebelah kiri
saya wanita 26 tahun… saya bagun tidur sakit leher dan leher saya tidok boleh bergerak… macam mana cara untuk mrngatasinya kerana saya merasa sakit sangat bila saya gerakan kiri ke kanan. adakah dia akan baik sendiri kejap lagi

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Kesakitan tengkuk boleh berlaku di mana sahaja di bahagian leher anda, dari bahagian bawah kepala sehingga ke bahagian bahu. Terdapat beberapa punca:
1)Kehidupan Seharian:
Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula.
- Kecederaan dan Kemalangan:
Kebanyakan kesakitan tengkuk disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang membuatkan leher terseliuh. Posisi duduk yang tidak betul, melukis di siling, atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher.
- Umur yang meningkat:
Gangguan degeneratif seperti osteoartritis, stenosis tulang belakang, dan penyakit cakera degeneratif boleh mempengaruhi tulang belakang.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.