
Sulit
3 tahun
Sakit lengan lepas dicucuk vaksin AstraZeneca
Saya baru lepas cucuk vaksin AstraZeneca hari sabtu lepas 3hb. Alhamdulillah sudah baik demam. Tapi, lengan tempat yang dicucuk vaksin masih sakit. Ada sedikit bengkak dan keras serta kemerahan. Saya tak boleh meluruskan tangan dan mengangkat tangan kerana terlalu sakit. Adakah ini normal? Boleh makan panadol untuk kurangkan sakit? Atau perlu berjumpa doktor jika berlarutan lagi?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Kami faham bahawa and ingin mengetahui apa yang boleh diperbuat untuk sakit lengan setelah pengambilan vaksin.
Simptom-simptom yang dialami seseorang daripada vaksin Covid-19 berbeza dan kebiasaannya akan reda dalam beberapa hari.
Namun demikian,terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas
Anda bolehlah mengikut simptom mennggunakan beberapa petua dibawah.
Antaranya:
- Meletakkan Kompres sejuk di bahagian tangan yang dicucuk.
- Tidak merehatkan tangan untuk tempoh waktu yang terlalu lama
- Mendapatkan nasihat doktor untuk ubat yang boleh dibeli atas kaunter(panadol).
- Memperbanyakkan air yang diminum
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda juga boleh mendapat nasihat doktor melalui konsultasi atas talian kami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini