
Anonymous
5 tahun
Sakit & lenguh pinggang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai sakit pinggang yang saya alami. Kadang², saya sering rasa sakit dan lenguh antara pinggang dan punggung. Saya tidak tahu apa puncanya kerana saya belum berjumpa dengan doktor. Bila sakit itu datang, saya cuba baring tanpa lapik bantal untuk mengurangkan rasa sakit tersebut. Bila saya duduk bersila pun…rasa sakit dan lenguh tu tetap ada…boleh saya tahu apa penyebab rasa sakit dan lenguh itu terjadi…terima kasih di atas keprihatinan dari pihak doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman andan, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti: batu karang pada buah pinggang, ovari pada pesakit wanita, dan usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.