
Sulit
3 tahun
Sakit lidah. Kebas lidah. Pedih lidah. Lepas dos ke 2 sinovac
Saya wanita 30an, Selepas dos ke 2 sinovac, saya rasa kebas lidah di bahagian tepi. Sekarang beralih ke muka lidah dan rasa seakan sakit pedih. Sudah 1 minggu. Boleh doktor suggest macam mana nak hilangkan? Dan adakah ia serius? Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut penerangan anda, kami memahami lidah anda berasa kebas dan pedih selama seminggu selepas menerima vaksin Sinovac. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda tidak tergolong dalam kesan sampingan yang biasa dilihat dengan pengambilan vaksin Sinovac. Antara kesan sampingan vaksin Sinovac ialah :
- Sakit kepala
- Keletihan
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
- Mengigil
- Sakit otot/sendi
- Sakit badan
- Loya
Ada kemungkinan untuk masalah anda disebabkan oleh punca lain seperti :
- Kekurangan mineral dalam badan
- Alahan
- Jangkitan kuman
- Pengambilan makanan/minuman yang terlalu panas atau pedas
- Dehidrasi
Kami tidak dapat menyimpulkan punca sebenar masalah anda kerana maklumat lanjut diperlukan. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi secara atas talian kami untuk mendapatkan pandangan doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini