
Sulit
4 tahun
Sakit lutut apabila berjalan terlalu lama
saya berumur 17 tahun dan saya aktif dalam sukan setiap kali habis lari lutut saya akan rasa sakit tetapi baru2 ini apabila berjalan lama2 lutut saya susah untuk dibengkokan dan ade bunyi pop setiap kali saya exercise lutut sakit lutut bukan terlalu kerap sekiranya saya kurang bergerak. saya sudah berjumpa doctor di klinik malangnya doktor tersebut mengatakan saya menipu hanya kerana saya ingin transfer kepada hospital jadi saya semakin tidak mahu mendapatkan rawatan lagi selepas kejadian tersebut

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, kesakitan lutut perlu diperiksa secara fizikal dan disebabkan saya tidak dapat menilai keadaan anda secara fizikal, sukar untuk saya memberikan kesimpulan yang sempurna.
Untuk pengetahuan anda, masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit lutut.Antaranya ialah:
- Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
- Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
- Perdarahan pada sendi.
- Infeksi, misalnya artritis septik.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.