
Sulit
5 tahun
Sakit lutut dan kelihatan urat timbul di bahagian bawah lutut
Mak saya berumur 61tahun dan mengalamai sakit di bahagian lutut dan kelihatan ada urat yang timbul di bawah lutut. apakah faktor yang menyebabkan berlaku sedemikian, dan sekiranya saya ingin memberinya ubat untuk hilangkan sakit tersebut, boleh saya dapatkan prescription untuk ubat tersebut? terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit lutut.Antaranya ialah:
Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
Perdarahan pada sendi.
Infeksi, misalnya artritis septik.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk makluman anda, varicose vein adalah merupakan keadaan apabila injap saluran darah vena rosak sehingga saluran darah kelihatan melebar dan membiru. Ia biasanya terjadi pada wanita hamil dan akibat obesiti, usia yang meningkat, pekerjaan yang memerlukan tempoh berdiri terlalu lama dan sebagainya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.