Sulit

4 tahun

Sakit lutut dan peha selepas berlari

saya lelaki berumur 34 tahun baru menceburkan diri dalam bidang larian… sejak kebelakangan ni kesakitan pada lutut dan peha berpanjangan walaupun tidak sgt serius… kesakitan akan terasa bila mula berjalan atau menaiki tangga… pe yg perlu saya lakukan ye doctor

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

  • “Bursitis”: Bursa adalah kantung di bawah kulit sendi yang mengandungi sejenis cecair yang membantu mencegah geseran kasar semasa pergerakan. Pergerakan yang berlebihan atau jatuh secara berulang boleh menyebabkan keradangan bursa anda.
  • “IT (iliotibial) band syndrome”: “iliotibial (IT) band” adalah sekeping tisu kuat yang menghubungkan dari pinggul anda ke bahagian luar lutut anda. Apabila anda melakukan aktiviti secara keterlaluan, ia boleh meneybabkan keradangan sekali gus menyebabkan kesakitan pada bahagian luar lutut. Ia biasa di kalangan pelari dan atlit sukan.
  • “Meniscal tear”: Meniskus diperbuat daripada tulang rawan dan bertindak sebagai penyerap tekanan antara tulang di lutut. Pergerakan yang melibatkan putaran lutut boleh mencederakan meniskus. Kadang-kala, kecederaan lutut akan menyebabkan tulang rawan koyak. Permukaan tulang yang tidak sekata dalam sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak.
  • “Osteoarthritis”: Ini adalah jenis artritis "haus ". Keadaan ini menyebabkan sendi lutut menjadi sakit atau membengkak apabila anda aktif dan susah untuk bergerak jika tiada pergerakan sekitar sendi untuk jangka waktu lama.
  • “Patellar tendinitis”: Ini bermakna anda mempunyai keradangan dalam tendon yang menghubungkan lutut ke tulang paha. Apabila anda melakukan senaman secara berlebihan, tendon boleh menjadi radang dan sakit.
  • “Patellofemoral pain syndrome”: Ketidakseimbangan otot, ketegangan, dan masalah penjajaran kaki biasanya menjadi punca keadaan ini dan menyebabkan sakit lutut dan masalah “buckling" yang bermakna lutut anda tiba-tiba tidak dapat menanggung berat badan anda.
  • Kecederaan ligamen: Ligamen yang mudah terdedah kepada kecederaan ialah ACL (anterior cruciate ligament). ACL sering kali mengalami kecederaan yang berkaitan dengan sukan terutamanya jika melibatkan pergerakan berhenti secara tiba-tiba dan perubahan arah.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

sakit-lutut

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)