anisfarhana15
4 tahun
Sakit lutut dan seluruh bahagian kaki dari peha ke kaki belah kir
saya wanita 20 an . saya mengalami sakit lutut dan seluruh kaki saya berasa sakit . malah rasa tegang, seperti urat ditarik . saya tak boleh berdiri lama .dan waktu duduk pon sakit .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- trauma
- radang sendi
- darah beku pada saluran darah di kaki
- masalah saraf tersepit pada tulang belakang
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.