
Sulit
4 tahun
Sakit lutut Dan tahap kolesterol tinggi
Sy berumur 53 thn. Baru2 ini sy buat blood test utk check kolesterol dan keputusan kolesterol sy 6.1.Dr member sy ubat Rovastin utk menurunkan kadat kolesterol sy. Sy juga mengalami sakit lutut Dan Dr member sy supplement glucosamine. Masalah sy sy masih mengalami sakit lutut Dan terasa berat untuk melangkah adakah ini disebabkn oleh pengambilan Rovastin
Blh kah ke2 ubat ini diambil bersama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan pengambilan Rovastin adalah:
- sakit kepala
- sakit otot
- sakit perut
- loya/mual
Setakat ini tiada kajian menyatakan pengambilan kedua-dua ubat ini tidak dibolehkan. Namun sebaiknya jarakkan sedikit masa untuk pengambilan ubat-ubat ini agar kesan setiap ubat dapat berfungsi sepenuhnya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.