
alinaabdulaziz.aa
5 tahun
Sakit lutut kanan akibat bersukan
Umur saya 40 tahun. Saya bersukan dari remaja tetapi bermusim. Maksudnya apabila ada event tahunan sahaja. 3 tahun yang lalu, saya terlebih berlatih dan sakit lutut menyebabkan saya sukar duduk dan sembahyang selama sebulan. Sejak itu saya kurang aktif dan kesakitan telah hilang selepas 2 bulan. Dua minggu yang lepas, kesakitan itu tiba-tiba kembali terutamanya waktu saya sedang memandu sedangkan itu adalah kereta auto. What should I do.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit lutut yang anda alami boleh disebabkan pelbagai faktor seperti:
- Kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan (“muscle strain”)
- Kecederaan pada ACL/PCL/tendon/meniskus lutut
- rapuh/hakisan tulang - akibat faktor usia atau kurang kalsium
- Sakit dari pinggang (“referred pain”)
- Osteoartritis - radang sendi
- Gout
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.