
Sulit
5 tahun
Sakit lutut kanan akibat kemalangan
Hai dr,saya muhd nashran,saya baru ni saya mengalami kemalangan jalan raya pada bulan 2 lepas tahun baru cina, alhamdulillah kecederaan saya tak teruk tapi lutut kanan saya sakit akibat kemalangan tersebut.saya dh berjumpe doktor dan doktor kata kecederaan ni mengambil masa dalam tempoh 3-4 minggu untuk sembuh.sakit pada lutut saya sudah berkurang dan sembahyang pun dah tak sakit.tetapi bila saya sentuh lutut kanan saya masih sakit lagi bile sentuh atau tekan,jadi saya nk bertanya kepada doktor mengapa lutut kanan saya masih ada terasa sakit kerana saya risau lutut saya ada kecederaan yang lain akibat kemalangan yang saya alami.terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, sakit lutut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bursitis ialah keradangan pada kantung yang berfungsi sebagai kusyen di lutut.
- Anterior cruciate ligament (ACL) ataupun medial collateral ligament terkoyak yang mana sakit akan muncul tiba-tiba. Yang kedua biasanya timbul akibat putaran yang berlebihan.
- Meniscus terkoyak biasanya akibat kecederaan lokal, sakit timbul saat bergerak
- Patellofemoral pain syndrome adalah rasa sakit yang timbul apabila lutut terlebih guna ( overuse ) sehingga cedera
- Tendonopathy akibat masalah tendon
- Osteoarthritis yang timbul akibat berat badan berlebihan sehingga beban berat terhadap lutut tinggi
Bagi membantu proses mencari penyakit sebenar yang mendasari gejala yang anda alami, terdapat banyak persoalan yang harus ditanyakan dan maklumat tambahan yang diperlukan. Justeru, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda digalakkan untuk merujuk doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.