shahnazsdragon
4 tahun
Sakit lutut kanan semasa bersenam
saya wanita berumur 30 tahun… sy mengalami masalah lutut… apa bila bersenam atau berjalan laju… kadang lutut berbunyi atau rasa longgar dan terpelecok… akibatnya sy tidak bole byk bergerak dan bersenam… keadaan sy belum tahap kritikal ianya hanya terjadi jika sy melompat… jogging atau work out… terkadang dirmh sambil berjalan tetiba lutut rasa longgar dan terpelecok sendiri. jika saya berjalan mcm biasa ok tiada masalah ia hanya sesekali terjadi tp kerap setiap kali bersukan… bole tak saya tau apa supliment atau ada cara lain tak yg bole buat lutut sy kuat semula… ini terjadi selepas badan saya bertambah… dulu berat sy dalam 46kg… tp selepas berat sy 50kg dari tahun lps ia terjadi… dan slps brt sy makin brtambah lagi sakit lutut terjadi setiap kali sy brsenam lg…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit lutut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- obesiti
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang terutamanya wanita
- radang sendi
Antara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengatasi masalah ini adalah
- elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- mengekalkan berat badan ideal
- amalkan pemakanan yang seimbang
- amalkan senaman dan fisioterapi
- pengambilan supplemen untuk menguatkan tulang seperti kalsium dan vitamin D
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.