
Anonymous
5 tahun
Sakit lutut, paha dan betis
Salam Doktor.
Saya mengalami sakit lutut yang on & off. Tapi masih boleh diatasi. walaubagaimanapun, kebelakangan ini, sakit lutut saya menyebabkan belakang paha dan betis terasa sakit sekali, terutama bila memulakan rakaat pertama solat (ketika duduk antara dua sujud). Sakit ini juga menyebabkan pergerakan saya terganggu untuk berjalan (kadang2 rasa macam perlu seret kaki terutama bila baru bangun dari duduk). Harap doktor dapat memberikan penerangan tentang masalah ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, banyak perkara yang boleh menjadi punca kepada permasalahan anda antaranya:
- Osteoarthritis (radang sendi)
- Rheumatoid arthritis (radang sendi)
- Kecederaan ligamen atau otot dan sebagainya
Apabila sendi mengalami masalah, maka ia akan menjejaskan postur seterusnya fungsi otot atau sendi yang lain seperti betis dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.