
muhdezham
5 tahun
Sakit lutut sebelah kanan di sisi kanan
Saya baru selesai Marathon, namun ketika berlari, saya mengalami kesukaran untuk membengkokkan kaki dan juga bila saya step, sakit di bahagian sisi lutut kanan saya.
Saya ingin tahu apakah punca dan juga macam mana untuk merawat. Sebab sampai masa ni, saya masih sukar untuk angkat, bengkokkan serta berjalan normal kerana sisi lutut kanan yang sakit. Terima kasih. Tolong doc, sakit sangat dah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit lutut adalah masalah biasa yang boleh berasal dari mana-mana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut (femur, tibia, fibula), lutut (patella), atau ligamen dan tulang rawan (meniscus) lutut.Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkannya iaitu:
- Ligamen Cruciate terkoyak atau terseliuh: Kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) adalah kecederaan sukan umum yang biasanya disebabkan oleh berhenti bergerak secara tiba-tiba atau kekejangan lutut.
- Tendon koyak
- Kecederaan Meniscal: Kecederaan kepada meniskus biasanya kecederaan trauma tetapi juga boleh disebabkan penggunaan meniscal yang terlalu kerap
- Dislokasi Lutut
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih