Sulit
5 tahun
Sakit lutut yang berpanjangan
saya brumur 18tahun , mengalami sakit lutut, saya aktif dalam bidang sukan. selepas saya menjalani latihan lompat jauh, lutut kanan saya berasa sengal, jika melutut atas tanah atau lantai terasa sakit. kemudian sakit itu berlanjutan, beberapa hari kemudian lutut kiri pulak berasa sakit. sehingga sekarang lutut saya akan sakit apabila berjalan dan terdapat benjolan tajam pada lutut saya jika saya membengkokkan kaki. adakah itu berkaitan sendi? adakah masalah ni serius ? saya tidak sempat untuk menjalani rawatan di hospital. mohon penjelasan
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit lutut berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kecederaan ligamen seperti ACL atau PCL
- Kista (cyst) Baker pecah
- Kecederaan pada struktur meniskus lutut
- Keretakan tulang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



















