
Sulit
5 tahun
Sakit macam senggugut tapi tidak period & sakit pinggang
Rasa sakit seperti senggugut on and off dan sakit di bahagian pinggang sudah few weeks. rasa lega bila sapu minyak panas sahaja. Last period adalah 29 May 2019 dan saya memang mempunyai masalah haid tidak teratur sejak remaja. Saya ada buat UPT pada bulan June tapi negatif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid sakit ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketidak-seimbangan hormon
- Endometriosis - sel lapisan dinding rahim yang tumbuh ditempat lain
- Masalah ovari - ovari terbelit atau kista ovari
- Fibroid - ketumbuhan sel dalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.