
Sulit
4 tahun
Sakit mata ada bintik putih kat mata kanan
saya rosuana umr 22 tahun dah mw dekat 3 bulan first bulan 12 ada bintik puti kat mata saya rasa pedih dan sakit lepastu bulan 02 ne tiba2 ada bintik lgi satu d mata kanan sya yg ada bintik puti skrg rasa pedih mcm nak tutup ja lepastu pedih2 kenapa tu doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, bintik putih pada mata boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Bintik bitot
- Pterigium
- Pseudoterigium
- Pinguekula
Memandangkan gejala ini telah timbul secara tiba-tiba, dikhuatiri terdapat masalah lain yang lebih serius yang mendasari timbulnya gejala. Maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.