
azim8824
5 tahun
Sakit mata berpanjangan
Isteri saya mengalami sakit mata yg lebih dari seminggu dan adakah normal.telah berjumpa 4 kali di klinik tetapi masih lagi tidak sembuh

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada mata
- luka pada kornea (corneal abrasion)
- radang pada mata conjunctivitis
Kadangkala, peralatan di klinik yang anda kunjungi tidak mempunyai peralatan cukup untuk memberi diagnosa tepat dalam kes isteri anda seperti slit lamp ataupun fluorescent staining. Oleh itu, saya mencadangkan anda merujuk kes ini kepada tertiary centre seperti hospital besar negeri untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih