
airrul0020
6 tahun
Sakit Mata dan bengkak sebelah mata
Anak saya baru berusia dalam 5 bulan setengah. Anak saya perempuan dan sekarang kena jangkitan sakit mata. Keadaan mata merah dan bengkak sebelah pada bahagian sebelah mata. Apakah ubat yang sesuai untuk merawatnya. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, untuk mendapatkan nasihat untuk pengambilan ubat , puan amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor. Dengan mendapatkan nasihat doktor, anda akan disarankan dengan ubat yang sesuai, kemudian pemantauan terhadap keberkesanan ubat tersebut boleh dilakukan. Sekiranya tidak sembuh, rawatan lain yang lebih sesuai boleh diberikan.
Puan boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Puan tidak perlu risau kerana puan boleh memilih untuk bercakap secara chat, video atau telefon. Privasi puan juga akan kami lindungi. Harap membantu. Terima kasih.