
ghaydaspa
2 tahun
Sakit mata dan mata blocking
saya wanita 42, mata kiri sering gelap tiba2 dlm tmpoh 1 minit, diikuti sakit mata dan belakang mata, diikuti bengkak sebelah muka rasa kebas, sering kebas kepala sampai pitam, badan rasa lemah …minta bantuan penjelasan dari doc mengenai masalah saya…tkaesh

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Strok mini
- Masalah dalaman kepala seperti jangkitan otak (encephelatis) atau pendarahan dalaman
- Tekanan darah rendah
- Masalah saraf muka dan mata - akibat kayap atau faktor auto-imun
- Masalah mata seperti glaukoma
- Masalah saluran darah temporal (temporal arteritis)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.