
Sulit
5 tahun
Sakit mata . Mata keluarkan lendir macam taik mata dengan kerap
Mata saya dari tadi (lebih kurang 3jam) asyik keluarkan taik mata. Dan mata saya agak pedih dan kabur. Perluke saya pergi klinik untuk check? Atau ia akan hilang dengan sendiri?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda dinasihatkan untuk pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan mata kerana gejala yang anda sebutkan boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan mata
- Kemasukan bendasing
- Alahan mata
- Radang konjunktiva/iris
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Sekian