
Sulit
3 tahun
Sakit mata,pedih,kering,seperti ada sesuatu di dalam kelopak
Saya wanita berumur 17 tahun. Dua hari lalu, mata sebelah kiri saya terasa sakit,pedih,gatal dan juga atas dalam mata saya (dalam kelopak )terasa seperti ada sesuatu yang menyebabkan mata saya terasa sakit, pedih,kering dan juga kencang di bahagian atas. Namun,mata saya tidak kemerahan dan hanya terlihat seperti biasa.Rasa tersebut kurang apabila saya cuba menutup mata.Mohon Penerangannya doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, sakit pada bahagian mata boleh disebabkan oleh banya perkara. Antaranya adalah:
- Ketumbit di bawah kelopak mata
- Luka akibat bendasing atau kecederaan yang berlaku pada mata
- Mata terlalu kering
- Jangkitan pada mata
- Luka pada kornea
Senarai di atas adalah diagnosis umum. Nasihat rawatan serta diagnosis tepat tidak dapat diberi kerana tiada perincian simptom, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal yang sepatutnya.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau pakar kami secara atas talian. Anda juga perlu sentiasa memastikan minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.