
Sulit
5 tahun
Sakit mata, pening jika berbaring lama
saya perempuan beunur 21 tahun dan mengalami sakit kepala ringan sejak 2 minggu lalu dan rasa sakit di belakang mata jika terlalu lama berbaring sambil menghadap phone atau laptop untuk melakukan kerja. Apakah saya telah diserang penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini sangat lazim berlaku dan ianya bukan masalah yang serius dan harus dirisaukan.
Ianya berlaku mungkin disebabkan oleh eye strain (ketegangan mata) disebabkan terlalu lama melihat laptop atau handphone.
Nasihat saya, kerapkan berehat dari melihat laptop dan handphone. Selainitu anda boleh memasang eye protecter screen pada handphone dan laptop anda sekiranya anda harus melihat gadjet secara berterusan.
Namun begitu, sekiranya sakit kepala anda diiringi dengan gejala seperti di bawah, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.