
Sulit
4 tahun
Sakit mata sebelah kanan apabila tengok kiri dan kanan
Saya wanita berumur 23 tahun. saya memang memakai kaca mata sudah lama namun 2 hari lepas mata sebelah kanan saya sakit. apabila saya tengok ke kanan atau ke kiri mata kanan saya sakit tapi tak merah or takde bengkak. waktu berkelip pon tak sakit. cuma bila saya tutup mata dan saya sentuh mata saya yang dah tutup tu saya rasa sakit. boleh saya tahu kenapa Dr? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, kesakitan pada mata boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman pada mata
- Jangkitan atau inflamasi kelenjar air mata
- Alahan kepada produk
- Trauma pada kawasan mata
- Atau gangguan mata yang lain
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.