
Sulit
4 tahun
Sakit Mata Tanpa Mata Merah
Salam. Saya mempunyai masalah mata pada bahagian lower eyelid. Saya dah pergi k klinik untuk rawatan lanjut dan saya diberi ubat Chloramphenicol Eye Ointment. Soalan saya seberapa berkesankah ubat ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Chloramphenicol merupakan ubat titis yang mengandungi antibiotik untuk merawat jangkitian mata atau bacterial conjunctivitis. Ubat ini digunakan untuk bakteria yang lazim menyebabkan konjungtivitis. Menurut laporan setelah penggunaan ubat ini, mata anda akan beransur pulih setelah penggunaan ubat ini selama 2 hari. Oleh itu, anda disarankan untuk teruskan mengguna ubat ini sehingga sembuh. Anda digalakkan untuk ke doktor semula jika mata anda tidak beransur pulih atau semakin teruk.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh mendapatkan pendapat doktor pakar mata kami (ophthalmologist) secara atas talian di sini. Terima kasih.