
Sulit
4 tahun
Sakit mencucuk di bahagian bawah perut
Saya berumur 26 tahun dan sudah berkahwin. Sejak berumur 17 tahun saya mengalami masalah kitaran yang tidak menentu. Namun sejak saya mengamalkan senaman yang agak intensive dan turun berat badan, kitaran haid saya makin normal. Tetapi sudah hampir 6 bulan saya berhenti dari bersenam kerana kesibukan bekerja. Berat badan saya naik hampir 20kg. Sudah 4 bulan saya tidak mengalami haid. Pertama kali saya rasa sakit mencucuk kemudian datang rasa nak terkencing. Apabila saya kencing rasa mcm tidak puas. Ini baru kali pertama saya mengalaminya. Saya juga ada mengambil jamu tapi sudah hampir 1 bulan saya stop. Adakah ini punca daripada berat badan saya bertambah? Saya selalu makan sampai perut saya penuh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian seperti:
- Karang dalam saluran kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan salur kencing
- Fibroid rahim
- Sista ovari (ovarian cyst)
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala tersebut. Anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan dengan doktor segera supaya puncanya dapat diketahui kerana perkara ini perlu diberikan perhatian.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Demam
- Sakit ketika kencing
- Sakit perut
- Kencing berdarah atau bercampur nanah
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.