
Sulit
4 tahun
Sakit Mencucuk di Bahagian Kiri Leher
Salam Sejahtera,
Saya merupakan pesakit hypothiroid dan sekarang mengambil ubat thyrosit. Semenjak semalam, saya merasa tidak selesa di bahagian leher di sebelah kiri. Ada rasa mencucuk2 yang datang tiba-tiba dan agak kerap. Adakah perlu untuk saya ke klinik untuk pemeriksan yang lebih detail?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan penyakit tiroid yang anda hidap serta gejala sakit mencucuk-cucuk di bahagian kiri leher yang anda alami.
Untuk makluman anda, terdapat penyebab rasa sakit pada leher seperti yang anda terangkan di atas. Penyebab yang memungkinkan amat banyak mulai dari yang ringan seperti salah posisi tidur, sehingga yang parah seperti barah atau tumor.
Antara penyebab sakit pada bahagian leher adalah seperti berikut:
- salah posisi tidur
- ketegangan pada otot leher
- terlalu lama menatap layar komputer atau telefon
- whiplash injury
- barah tulang belakang/ tiroid
Anda sebaiknya menghubungi doktor sekiranya rasa sakit leher yang anda alami terasa sangat sakit, berlangsung lebih dari satu minggu, atau anda pernah mengalami kecederaan pada leher sebelum ini. Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala tambahan seperti berikut:
- Batuk
- Sakit tekak
- Suara serak yang tidak pulih setelah beberapa minggu
- Pembengkakan kelenjar di bagian lebher
- Sukar menelan
- Sukar bernapas
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih