
Sulit
3 tahun
Sakit mencucuk di bawah rib kiri
Saya perempuan berumur 22 tahun, tiada sejarah penyakit apa2, beberapa hari yang lalu bahagian abdomen saya sebelah kiri dibawah rib kiri terasa sakit mencucuk.ketika saya berdiri dan duduk ia tidak sakit, tetapi apabila saya tunduk atau berbaring sakitnya mencucuk. Pada awalnya saya terfikir mungkin kerana saya tidak makan, mungkin angin, tetapi selepas saya sudah makan sakitnya masih sama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda mengalami masalah sakit mencucuk pada bahagian bawah tulang rusuk sebelah kiri. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah sakit di bawah tulang rusuk biasanya dapat dikaitkan dengan beberapa perkara, seperti:
- Ketegangan otot sekitar tulang rusuk
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Batu karang buah pinggang
- Jangkitan paru- paru
- Ketumbuhan
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.