
isaacsandra91
5 tahun
Sakit mental dan pil perancang yasmin
Saya mengalami sakit mental yang menyebabkan saya sukar tidur, di sebab kan itu doctor membekal kan saya ubat luvox untuk sakit yang saya hidapi ini… masalah nya boleh kah saya mengambil pil perancang Yasmin, memandangkan saya juga mengambil pil luvox untuk sakit mental saya ini… saya khuatiri ubat luvox yang saya ambil ini tidak berkesan kerana interaksi antara luvox dan pil yasmin… mohon penjelasan doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setakat ini belum ada interaksi atau kesan buruk untuk interaksi diantara kedua ubat diatas.
Untuk berbincang dengan doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.